inDrive bermula sebagai tindak balas terhadap ketidakadilan

Masanya adalah Malam Tahun Baru 2012 di bandar utara Yakutsk
Suhu turun kepada -45°C (-49°F). Syarikat-syarikat teksi tempatan berpakat untuk menaikkan harga mereka secara mendadak, menyebabkan ramai penduduk tempatan terkandas di musim sejuk. Kenaikan harga yang tidak adil ini menyebabkan penduduk Yakutsk naik marah, jadi mereka berkumpul di media sosial untuk mencari dan menawarkan tunggangan, dan yang paling penting, untuk bersetuju dengan harga berpatutan. Apa yang bermula sebagai tindakan kolektif akar umbi dalam talian akhirnya menjadi aplikasi inDrive.
Nilai yang menerangi jalan kami
Komuniti

Komuniti
Kami mewujudkan suasana untuk semua berteraskan kepercayaan dan sokongan Kami sentiasa berusaha memajukan diri, komuniti dan dunia, sambil menghargai setiap kekuatan dan pencapaian dalam pasukan Kami memberi dan menerima maklum balas dengan ikhlas, hormat dan jujur
Komuniti
Kami mewujudkan suasana untuk semua berteraskan kepercayaan dan sokongan Kami sentiasa berusaha memajukan diri, komuniti dan dunia, sambil menghargai setiap kekuatan dan pencapaian dalam pasukan Kami memberi dan menerima maklum balas dengan ikhlas, hormat dan jujur
Misi

Misi
Kami komited sepenuhnya kepada misi dan visi, menghubungkan kerja harian dengan matlamat yang menginspirasikan Kami mencipta impak positif yang menginspirasikan dunia melalui setiap tindakan kami Kami percaya bila bisnes berkembang, impak positif turut meningkat — dan impak mendorong pertumbuhan bisnes kami
Misi
Kami komited sepenuhnya kepada misi dan visi, menghubungkan kerja harian dengan matlamat yang menginspirasikan Kami mencipta impak positif yang menginspirasikan dunia melalui setiap tindakan kami Kami percaya bila bisnes berkembang, impak positif turut meningkat — dan impak mendorong pertumbuhan bisnes kami
Prestasi

Prestasi
Kami bertindak pantas dengan cara kreatif dan efisien untuk selesaikan tugas Kami beri sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab kami, dan juga yang di luar jangkaan. Kami percaya setiap usaha beri nilai, sama ada kejayaan atau pelajaran
Prestasi
Kami bertindak pantas dengan cara kreatif dan efisien untuk selesaikan tugas Kami beri sepenuh perhatian terhadap tanggungjawab kami, dan juga yang di luar jangkaan. Kami percaya setiap usaha beri nilai, sama ada kejayaan atau pelajaran

Perkhidmatan yang adil untuk semua
inDrive telah berkembang melangkaui ride-hailing untuk mencipta penyelesaian yang membolehkan penyediaan perkhidmatan yang jujur dan beretika kepada komuniti di seluruh dunia.
Rakan-ke-rakan untuk ketelusan dan pilihan
Platform kami tekad untuk menyampaikan perkhidmatan penting yang memenuhi keperluan asas kehidupan dan memperkasakan individu dengan nilai teras, semuanya berasaskan prinsip amalan perniagaan yang adil.

- 48negara
- 982bandar
- 360jutaan orang dah install apl ini
Ditubuhkan pada tahun 2013 dan diperbadankan di A.S. pada tahun 2018, inDrive kini tersedia di lebih daripada 888 bandar meliputi 48 negara. Pada tahun 2022 syarikat inDrive menarik diri dari Rusia, setelah melepaskan pemilikan perniagaannya di Rusia. Pada tahun 2022 dan sekali lagi pada tahun 2023, inDrive berjaya menjadi aplikasi ride-hailing kedua terbanyak dimuat turun di seluruh dunia berdasarkan data Google Play dan App Store.
Terus mara ke hadapan
- $1.23BNilai syarikat
Syarikat itu menjadi unicorn selepas menutup pusingan pelaburan $150m
2021 - >2700Pekerja di seluruh dunia
- $150J

inDrive mengumpul dana $150 juta lagi daripada General Catalyst dengan instrumen hibrid yang inovatif
2023 - $150J

Syarikat kami menutup pusingan pelaburan dengan Insight Partners, General Catalyst dan Bond Capital
2021 
- Lanjutan pertumbuhan
Memperluaskan pembiayaan ini pada 2024, membantu kami meningkatkan pertumbuhan, mengembangkan tawaran kami dan melabur dalam kategori vertikal baharu
2024

inDrive komited untuk menentangi ketidakadilan dalam komuniti di seluruh dunia
Sebagai tambahan kepada penyelesaian mobiliti, kami menawarkan perkhidmatan antarabandar sepertipengangkutan, penghantaran, kargo dan servis pinjaman, serta perkhidmatan tugas atas permintaan dalam pasaran operasi yang berbeza.
Di samping dengan mengekalkan amalan adil dalam perniagaan, inDrive menjalankan 7 program bukan untung di seluruh dunia
Kami berdedikasi untuk menyokong akses kepada pendidikan, sukan dan seni dalam komuniti tempatan di mana kami beroperasi. Lagipun, inDrive diasaskan sebagai penyelesaian yang didorong oleh orang ramai, dan kami percaya bahawa melabur dalam kesejahteraan orang ramai dan komuniti mencipta lebih banyak peluang dan dunia yang lebih baik untuk semua. inDrive ialah syarikat yang dikendalikan oleh pengguna untuk pengguna. Kami mengakui bahawa teknologi membolehkan kami melakukan perkara yang hebat, tetapi juga menyedari bahawa ia tidak boleh menggantikan empati manusia.
Baca lagiKami berdedikasi untuk menyokong akses kepada pendidikan, sukan dan seni dalam komuniti tempatan di mana kami beroperasi. Lagipun, inDrive diasaskan sebagai penyelesaian yang didorong oleh orang ramai, dan kami percaya bahawa melabur dalam kesejahteraan orang ramai dan komuniti mencipta lebih banyak peluang dan dunia yang lebih baik untuk semua. inDrive ialah syarikat yang dikendalikan oleh pengguna untuk pengguna. Kami mengakui bahawa teknologi membolehkan kami melakukan perkara yang hebat, tetapi juga menyedari bahawa ia tidak boleh menggantikan empati manusia.
Baca lagi

Arsen Tomsky
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas
Arsen Tomsky ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif inDrive. Beliau mengetuai pasukan global syarikat yang terdiri daripada 2700 pekerja lebih, yang berusaha mencabar ketidakadilan dengan memperkasakan komuniti melalui peluang pendapatan bergaji saksama dan meningkatkan mobiliti sosial dalam komuniti membangun yang memerlukannya. Dia amat berminat pada sukan larian, dan telah ke garisan penamat di kedua-dua Marathon Chicago dan Tokyo.
Baca buku Arsen
Mark Loughran
Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO)

Egor Fedorov
Ketua Pegawai Impak

Evgenia Matrosova
Ketua Pegawai e-Hailing

Tatiana Terenteva
Ketua Penasihat Undang-undang

Andries Smit
Ketua Pegawai Pertumbuhan
inDrive dalam berita






